Make your own free website on Tripod.com

 

 

PERUTUSAN GURU BESAR

G2.jpg (51945 bytes)

 

PUAN LOW AH CHOO

        Penubuhan SJK(C) Nan Mah di Parit Sikom, Jalan Kayu Ara Pasong, Pontian ,  mungkin

  adalah perkara yang unik di negeri Johor, malah di Malaysia.

        Bekas SJK(C)Nan Mah Pekan Nanas merupakan sebuah sekolah Cina yang terletak di

  sebuah estat yang bernama Estat South Malayan. Pada 16.3.1997 sekolah ini telah dipindahkan 

  ke Parit Sikom untuk bergabungkan dengan sebuah sekolah Cina cawangan Chung Hwa yang

  sedia ada di situ.

        SJK(C) Nan Mah didirikan pada tahun 1952 sementara SJK(C) Cawangan Chung Hwa,

  Parit Sikom didirikan pada tahun 1964.Apabila di gabungkan dalam tahun 1997,   ia bolehlah 

  dianggapkan sebagai sebuah sekolah Cina yang terbaru daripada 25 buah SJK(C) di daerah

  Pontian.

        Pada 23.9.1998 saya telah menerima surat perlantikan untuk menjawat jawatan Guru Besar

  Guru Besar di sekolah tersebut mulai 20.10.1998. Pada masa itu saya menyandang jawatan

  GPK1 di SJK(C) Yu Ming 1, Pekan Nanas, Johor.

        Oleh kerana kesuntukan masa untuk saya menyediakan diri bagi menyambut cabaran

  tersebut, saya berasa sangat ganjil dan tidak memahami apakah caranya uatuk menguruskan

  sebuah sekolah. Melalui dari bekas Guru Besar dan guru-guru disana, barulah saya dapat

  menyesuaikan diri saya di sana . Saya berasa bangga dan bersyukur.

        Dari tahun 1964 hingga 1988, sekolah ini telah membuat perancangan sebanyak empat

  peringkat untuk menerima dan memungut derma bagi membina sekolah Cawangan Chung Hwa

  Parit Sikom tersebut dan pada tahun 1990, apabila menyambut keulangtahuannya yang ke-25,

  pihak sekolah tersebut juga memungut derma untuk memperbaharui bangunan sekolah tersebut ,

  sehinggalah pada hari ini kita telah dapat  memperkembangkan pendidikan kebudayaan dan

  memupuk bakal-bakal pemimpin masa harapan. Bukan itu saja , malah kami juga mendapat

  kepujian dan galakan di dalam bidang ini dan ia telah menjadi satu contoh yang baik untuk

  gererasi yang akan datang.

        Kini, sekolah ini mempunyai seorang Guru Besar, tiga orang guru terlatih, seorang guru 

  KDC, seorang guru kontrak , seorang guru sementara, dan seorang PAR. Jumlah murid ialah

  seramai 104 orang.

        Tidak dapat dinafikan   bahawa sekolah luar bandar mempunyai kemudahan fizikal,

  sumber kawangan dan kakitangan yang tidak setandingan dengan sekolah bandar.      

        Oleh kerana itu, dari segi pendidikan dan pemumpukan bakat, ianya tidak dapat  

  dilaksanakan dengan sepenuhnya. Dari sikap murid-murid yang kurang rajin itu, disiplin yang

  tidak ketat, dan kekurangan semangat guru menjalankan tugas dengan tekun dan kekurangan

  guru-guru yang terlatih, sekolah luar bandar tetap menghadapi masalah untuk bersaing dengan

  sekolah bandar.

        Walaubagaimanapun, bidang pendidikan adalah suatu pekerjaan yang menuntut keikhlasan,

  Seharusnya pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG , guru-guru serta murid-murid haruslah

  berkeyakinan untuk melaksanakan segala yang telah dirancangkan.

        Sebagai usaha untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah Bestari dan bagi

  melaksanakannya ke arah lebuhraya multi-media, di bawah sokongan Lembaga Pengurus 

  Sekolah, sekolah ini telah membuka kelas komputernya dengan memperolehi 10 set komputer. 

        Setahu kami, kesemua 25 buah SJK(C) di daerah Pontian dikehendaki menyediakan

  maklumat-maklumat sekolah untuk dimasukkan di dalam Intenet pada akhir Oktober 1998.

        Apabila saya mula bertugas di sekolah ini pada 20.10.1998 , saya mendapati bahawa

  bahan-bahan untuk tujuan tersebut belum disediakan . Pada petang 23.10.1998,  saya telah

  berjumpa dengan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah , iaitu En.Tan Kee Tong ,  Penyelaras

  En Gan See, dan Bendaharinya  En.Kuan Cheng Seng .Mujurnya setelah perbincangan, mereka

  dengan sebulat suara menyokong untuk membeli sebuah komputer dan bersiap-sedia untuk 

  disiapkan di dalam Intenet.

      Dengan kerjasama semua guru di sekolah ini, ahli-ahli Lembaga Pengurus Jemaah dan PIBG

  baharulah pihak sekolah dapat mengumpul maklumat untuk memperkenalkan sejarah sekolah ini.

        Dr. Huang Shi Ming , seorang penyair berpantun :

                         **  Kamu adalah suatu tingkap yang mengasih,

                           Melalui tingkap kamu, saya dapat melihat merata dunia.

                           Kamu adalah suatu jaring yang ajaib

                           Melalui kamu, dunia dapat dengar yang saya nak katakan  **

      Diharap agar kami semua dapat bersama menuju ke arah ini. Sekian. 

 

 

Ag_bttn3.gif (2992 bytes)  Homepage

Kata Aluan PPD    Ag_back.gif (1338 bytes)   Rainbow2.gif (2709 bytes)   Ar-arrow.gif (5402 bytes)     Ucapan Pengerusi Lembaga Pengurus