SEJARAH SEKOLAH

        Sejarah sekolah SJK(C) Nan Mah dapat dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu peringkat SJK(C)Nan Mah Pekan Nana, peringkat SJK(C) Chung Hua Cawangan Parit Sikom dan peringkat SJK(C)Nan Mah Parit Sikom selepas 2 buah sekolah dicantumkan.

 

g6.jpg (184717 bytes)

              Sejarah sekolah SJK(C)Nan Mah Pekan Nanas

        Sekolah Nan Mah telah ditubuhkan oleh pihak majikan estet Nan Mah pada tahun 1952. Bangunan sekolah pada mulanya menggunakan bangunan asrama pekerja dalam estet tersebut.

       Pada peringkat awal, hanya dibuka 4 kelas bilangan guru hanya 3 orang dan jumlah murid seramai 130 orang. 3 tahun kemudian , bangunan sekolah yang baru telah dibinakan berdasarkan bilangan murid yang semakin bertambah. Keluasan kawasan sekolah ialah setengah ekar. Jumlah murid bertambah menjadi 300 lebih orang, bilangan guru menjadi 8 orang dan terdapat 7 kelas.

        Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1958. Pihak Lembaga Pengurus Sekolah kemudian bersetuju menerima bantuan kerajaan. Terdapat 12 orang guru besar menjelang perkembangan sekolah ini. Pengerusi Lembaga Pengurus dan Pengerusi PIBG pula dilantik daripada ibu bapa murid dan penduduk estet tersebut. Di antaranya En.Lim Poh Wah telah menjadi pengerusi PIBG mula tahun 1967 sehingga tahun 1995. Beliau memegang jawatan tersebut selama 28 tahun.

        Menjelang tahun 80an, bilangan murid sekolah mula merosot kerana berpindahkan keluar dari estet secara besar-besaran.                                                                                          

g5.jpg (191124 bytes)

g8.jpg (183038 bytes)

Sejarah Sekolah SJK(C)Chung Hwa Cawangan Parit Sikom

        Sekolah cawangan ini ditubuhkan oleh penduduk-penduduk kampung Parit Sikom. Matlamat sekolah ini ditubuhkan terbahagi kepada 3 :- 

        1)Berpotensi untuk perkembangan kemajuan kawasan ini.
        2)Bilangan penduduk yang kian bertambah.
        3)Jarak terlalu jauh dari sekolah induk iaitu SJK(C)Chung Hwa Kayu Ara Pasong.

        Melalui kerjasama dan usaha penduduk kampung Parit Sikom, sebuah sekolah cawangan SJK(C)Chung Hwa dicadangkan dan telah ditubuhkan pada tahun1964. Pihak estet Nan Fatt bersetuju mendermakan sebidang tanahnya yang berbangunan sebagai bangunan sekolah baru tersebut. Bangunan sekolah yang terdapat ialah bangunan pejabat estet tersebut. Ahli Jawatan Kuasa yang khas telah ditubuhkan bagi mengelolakan segala urusan sekolah tersebut. Bantuan kerajaan juga diterima bagi membantu sekolah tersebut.

        Sebuah sekolah yang telah dimulakan di kampung Parit Sikom dan guru besar yang sama mengendalikan 2 buah sekolah.

      Antara peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaju adalah seperti 2 buah bilik darjah telah dibina kerana pertambahan bilangan murid pada tahun 1965. Pada tahun 1977, ditambahkan lagi dengan pembinaan sebuah bilik darjah. Bilik tandas yang baru dan lengkap mula dibina pada tahun 1980. Pada tahun 1982, sebuah bangunan 2 tingkat telah didirikan. Ia digantikan dengan bangunan 2 tingkat batu-batu baru pada tahun 1990. Seramai 6 orang guru besar telah pernah berkhidmat di  cawangan sekolah tersebut.

g9.jpg (150922 bytes)

Sejarah Sekolah SJK(C) Nan Mah Parit Sikom

        Pada 16.3.1997, SJK(C) Nan Mah Pekan Nanas dan SJK(C) Chung Hwa cawangan Parit Sikom telah dicantumkan dan menjadi SJK(C)Nan Mah Parit Sikom. Nama sekolah lama telah digantikan dengan nama baru pada 18.7.1997.

        Matlamat utama percamtuman 2 buah sekolah tersebut ialah bilangan murid dari 2 kawasan yang semakin berkurangan kerana perpindahan keluar penduduk kedua-dua kawasan tersebut. Ini menyebabkan kelas cantuman telah dilaksanakan. Masalah ini dapat diatasi dengan langkah percantuman 2 sekolah itu.  

        Penduduk-penduduk 2 kawasan tersebut telah bersetuju menggabungkan 2 buah sekolah tersebut.Usaha percantuman 2 buah sekolah telah dijalankan oleh penduduk-penduduk 2 kawasan dan mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak kementerian, pihak sekolah dan orang ramai.Tarikh percantuman 2 sekolah telah ditetapkan pada 16.3.1997.

        Bangunan sekolah yang keluasannya hanya 18200 meter persegi masih tidak mencukupi. Oleh sebab tiada ruangan lagi, usaha memperluaskan sekolah hanya dapat dijalankan dengan menggantikan bangunan lama dengan yang baru. Diharapkan pada masa yang akan datang SJK(C) Nan MahParit Sikom dapat terus berkembang dengan maju dan pesat.        

         

 

agbttn3.gif (2992 bytes)     Homepage

      Ucapan Pegerusi PIBG       agback.gif (1338 bytes)   rainbow2.gif (2709 bytes)   ararrow.gif (5402 bytes)   Piagam